About KojidPreneur
Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 6 Disember 2021 dibawah pengupayaan TERAJU, sebuah agensi di JPM. Pihak TERAJU telah melaksanakan proses validasi 7 Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA). Termasuk KOJIDPRENEUR dibawah KEGA 4 dengan kos pelaksanaan RM59.5 juta selama 10 tahun dan sasaran GOS RM200 juta pada tahun 2030 (Rujukan: Dokumen JPM Halatuju TPB2030, halaman 33 dan 215). Kos permulaan KOJIDPRENEUR adalah dari sumbangan individu, NGO dan CSR syarikat.
Our Program
Koperasi Masjid bagi masjid yang belum ada koperasi
dan mengaktifkan Koperasi Masjid sedia ada.
• Program Transformasi Ekonomi Koperasi Masjid.
Program ini akan membantu Koperasi Masjid
mewujudkan perniagaan yang telah dipilih dan
dipersetujui oleh Koperasi Masjid melalui penilaian
viabiliti bisnes oleh Team KOJIDPRENEUR .
• Program Dagang Produk atau Perkhidmatan Koperasi
Masjid Atas Talian. Program ini akan menyediakan
tapak Marketplace bagi komuniti berniaga
menggunakan edagang
• Program Pembangunan Usahawan Tahfiz. Program ini
bertujuan memberi ilmu dan kemahiran kepada
pelajar Tahfiz untuk menguruskan Koperasi Masjid dan
menyertai program keusahawanan dalam bisnes yang
dipilih sekali gus mengimarahkan masjid melalui
khidmat sebagai imam, bilal, guru Al-lQuran dan
pengisian kuliah.