
”PERLIS GO DIGITAL” Menyantuni Kariah Masjid Dan Maahad Negeri Perlis Bersama Redi2infaq-Perlis Indera Kayangan, negeri yang terkecil di Malaysia ini sememangnya mempunyai banyak tarikan yang pastinya ramai di kalangan orang luar ini tidak tahu. Pada tanggal 16 dan 17 Jun 2022, team Redi2infaq di bawah RediPay Berhad telah mengadakan satu program ‘Menyantuni Kariah Masjid dan Maahad Negeri Perlis’. Objektif dari program ini adalah untuk melawat dan juga beramah mesra Bersama kariah-kariah di sana di samping memperkenalkan Redi2Infaq.com kepada mereka. Selaras dengan wawasan negeri Perlis yakni ‘Perlis Go Digital’, kami menyahut seruan wawasan ini dengan membawa program infaq mahupun wakaf di negeri Perlis ini ke arah digitalisasi. Dengan adanya pengenalan sistem sumbangan atas talian di negeri ini, anak jati Perlis yang tinggal di perantauan juga dapat membantu untuk menghulurkan dana ke kampung halaman mereka dengan mudah dan praktikal. Program ini mendapat sambutan yang hebat di kalangan kariah-kariah masjid disana kerana system Redi2infaq ini dapat menyelesaikan masalah rekod transaksi dan juga lebih selamat digunakan.