Satu aktiviti telah dijalankan oleh Pihak Redipay Berhad untuk memperkenalkan Redi2infaq di Negeri Perlis. Aktiviti yang dijalankan selama 3 hari ini dapat mendekatkan pihak RediPay dengan Kariah Masjid serta Maahad di sekitar Negeri Pelis. Satu perjumpaan telah diadakan dengan wakil dari Jabatan Agama Islam Perlis iaitu Ustaz Sirajudin dan Ustaz Basir. Persetujuan dicapai oleh kedua-dua belah pihak seterusnya membuka satu lembaran baru di antara pihak RediPay serta wakil Kariah dan Masj di Negeri Perlis. Program perjumpaan yang diadakan di Jabatan Agama Islam Perlis itu adalah bagi memberikan penerangan serba sedikit tentang Redi2Infaq kepada umum. Penerangan yang diberikan oleh wakil RediPay Berhad memberi kefahaman kepada wakil serta Kariah yang hadir pada hari tersebut. Sebanyak 47 wakil dari Masjid serta Maahad hadir pada Program tersebut. Selaras dengan wawasan Negeri Perlis yakni ‘Perlis Go Digital’, kami membawa objektif program infaq serta wakaf di Negeri Perlis ini ke arah digitalisasi. Dengan adanya pengenalan sistem atas talian seperti ini, semua orang boleh melakukan sumbangan walaupun berada di mana sahaja. Sistem Redi2infaq ternyata selamat digunakan dan dapat menyelesaikan rekod transaksi dalam tempoh yang singkat. Program ini mendapat reaksi Positif dikalangan Kariah yang hadir pada hari tersebut. Persetujuan telah dapat dipersetujui untuk membawa Redi2Infaq ke peringkat seterusnya. Pencapaian seperti ini menjadi satu tanda aras untuk terus memperkenalkan Redi2Infaq kepada umum.