MASJID CINA JALAN DAVIS

Waqf

MASJID CINA JALAN DAVIS

Kutipan wakaf ini adalah bertujuan untuk membina Masjid Cina di Jalan Davis, Kuala Lumpur.Antara komponen utama pembangunan masjid ialah dewan solat utama, dewan serbaguna, pejabat masjid, bilik mesyuarat, bilik VVIP, perpustakaan, bilik darjah, bilik aktiviti, nurseri, bilik jenazah, ruang solat perempuan, tempat wudhuk dan dataran masjid. Masjid Cina ini mempunyai 3 aras (tidak termasuk basmen) yang berkeluasan lantai seluas 10,450MP boleh memuatkan jemaah solat maksima seramai 15,465 orang. Di sekitar masjid juga akan dibina kuaters, gerai, menara dan kemudahan sokongan seperti parking kenderaan, lif, pondok pengawal, dataran masjid dan laman-laman. Semoga dengan terbina masjid ini akan memudahkan penduduk sekitar untuk melaksanakan ibadah solat, kelas pendidikan, kelas keagamaan dan sebagainya. 

RM130,000,000Funding goal
RM652pledged
14Funders